Lewahan (teori maklumat)

Dalam teori maklumat, lewahan (ليواهن) mengukur perbezaan pecahan di antara entropi H(X) bagi suatu ensembel X, dan nilai maksimum yang mungkin log ⁡ ( | A X | ) {\displaystyle \log(|{\mathcal {A}}_{X}|)} .[1][2] Secara tidak rasminya, ia adalah jumlah "ruang" terbazir yang digunakan untuk menghantar data tertentu. Pemampatan data merupakan satu cara untuk mengurangkan atau menyingkirkan lewahan yang tidak diingini, manakala hasil tambah semak pula merupakan satu cara untuk menambah lewahan yang diinginkan dengan tujuan untuk mengesan ralat apabila berkomunikasi melalui saluran hingar bagi muatan terhad.